jihad islam. Powered by Blogger.
RSS

Saturday, 11 June 2011

TEGURAN & HATI


        Sewaktu berjalan-jalan di sebuah shopping Mall, tiba-tiba aku tepandang kepada seorang perempuan yang aku yakin dia seorang islam.Hati aku bentak dan berkata:[Teruknya perempuan nih, pakai tak senonoh lansung. Meh aku tegur dia sikit, aku pun dah lama tak menegur orang ni]

Si lelaki :        Assalamualaikum cik adik, ko nih perempuan  
                      apa ah, pakai dah macam  *ttuutt*.



Si Gadis:          hamboi, canteknya bahasa, dengar sini ok. Hanya kerana saya berpakaian sebegini tidak mencerminkan yang saya adalah seorang yang tidak menjaga maruah diri saya, don’t judge a book by its cover ok. Lagipun tak semua perempuan yang pakai tudung  berjubah siap bertutup muka tu dan lelaki yang menjaga aurat mereka dan berpakaian mengikut apa yang agama suruh tuh baik, pppplleeeaasseeeeeee  llaaaaaaaaaaa. Saya ada sorang kawan nih dia nih siap bla bla bla bla bla......``



Si lelaki:           Memang nak kena ceramah dengan aku budak nih, ko dengar sini aku nak kasi ko satu situasi  terbaik punya nih. Cuba kau bayangkan


       ``Katakan sedang ko berjalan di sebuah `shopping Mall`  tiba-tiba  seorang perempuan diragut beg tangannya dan berdekatan tempat kejadian terdapat seseorang yang berpakaian seperti seorang polis, lengkap dengan seragam dan lencana nya, pastinya ko akan bergegas ke arah orang itu dan memintanya untuk tolong perempuan itu dan menagkap perompak tu kan. Bagaimana jika dia menjawab,


         ``ooohhhhhhhhhhhhhh  hanya kerana saya berpakaian seperti seorang polis, tidak bermakna saya seorang pegawai polis, ada seorang kawan saya nih, dia berpakaian sebagai anggota bomba tetapi itu tidak bemakna bla bla bla bla bla.............``

Mengelirukan bukan, jika awak tu bukan seorang pegawai polis jangan la   berpakaian sedemikian kerana ia akan mengelirukan orang ramai dan akan  menjadikan orang marah .



Si Gadis:         `fine`  la ustaz jambang, dah la. Memekak pulak dia kat sini, nak ceramah pergi masjid la.



Si lelaki:           engkau ni dah la jahil, orang tegur tak nak dengar pulak tu. Hah!! Nak kemana pulak tuh, ceramah tak habis lagi ni.



Si Gadis:          Dah masuk maghrib la ustaz jambang, saya nak pergi sembahyang magrib la. Yang ustaz dok nganga apa lagi, karang saya pulak yang ceramahkan ustaz jambang kot.




Si lelaki:           aduih pedihnya perasaan ini. Apakah perasaan ini, sungguh pedih, memang sentap .



        Cerita diatas adalah rekaan semata-mata  tetapi ini lah yang berlaku dalam reality kehidupan yang sebenar, mungkin kita tidaklah terus menegur  seperti yang dilakukan oleh Si lelaki berkenaan. Tetapi apa yang kita lakukan ialah melemparkan pandangan yang  sinis terhadap perempuan atau lelaki itu dan  dalam sketsa di atas kepada  Si Gadis itu kan.


        Siapa yang harus dipersalahkan, adakah orang yang berpakaian sebegitu orang yang membuat anggapan dan hukuman. Sebenarnya  kedua-dua belah pihak punya salahnya masing-masing, sebagai hamba allah yang hidup di dunia ini, kita bukanlah diciptakan diatas muka bumi ini untuk menghukum  orang lain kerana itu adalah tugas DIA yang menciptakan kita iaitu ALLAH. Dengan cara yang sebegitu kita bukan sahaja menyakiti perasaan orang yang kita nasihati malah mngkin akan menjadikan dia lagi jauh dari islam. Inginkah kita menjadi orang yang menjauhkan orang dari islam. Nauzubillah.



      Tidakkah manusia itu bersamanya ada hati dan perasaan ,oleh  itu tersangat penting untuk kita bijak dan berhikmah dalam menegur dalam menegakkan kebenaran dan syariat islam. Setiap dari diri manusia itu ada kunci kepada hatinya. 





            Carilah kunci itu, agar apa yang kita sampaikan terus meresap kedalam hatinya . Kerana hati merupakan entiti terpenting dalam  kehidupan manusia dan lokus perubahan di dalam diri setiap insan. lihatlah seperti yang berlaku kepada Saidina Omar Al-Khatab pahlawan yang digeruni dan terkenal dengan kebengisannya. Tetapi bila ayat-ayat Al-quran menyentuh dan menembusi hatinya, dia sendiri datang kepada islam tanpa siapa pun yang memaksa.

P/S: berhikmahlah dalam setiap tutur teguran atau setiap yang ingin kita lakukan, kerana mungkin apa yang kita tuturkan itu boleh menjadikan manusia itu semakin jauh dari islam. SELAMAT BERAMAL ^^